FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

13 Mei 2025

Strategi

Cara Menunggang Trend

Cara Menunggang Trend

Apabila trader pemula mencari maklumat tentang cara-cara untuk mula trading dengan menguntungkan, mereka biasanya akan menemui cadangan yang mengusulkan agar mereka trade mengikuti trend. Jika kadar pasangan matawang meningkat, beli; jika ia menurun, jual. Cadangan ini memang munasabah. Namun, apabila tiba waktu untuk mempraktikkannya, jelas sekali segala-galanya tidaklah begitu mudah. Untuk meraih keuntungan dengan trading mengikuti trend, anda perlu panduan yang lebih terperinci. Artikel ini akan membimbing anda memahami strategi trading mengikuti trend dan memberikan beberapa langkah yang boleh anda lakukan.

Ada beberapa trend yang berbeza

Sebelum anda mula membuka urusniaga dalam aplikasi FBS atau MetaTrader, anda perlu tahu bahawa terdapat 3 jenis trend dari segi masa:

  • Trend primer atau trend jangka panjang

  • Trend jangka sederhana

  • Trend jangka pendek

Apabila trader bertanya kepada kami "Apakah trend yang ada pada carta EURUSD?" kami biasanya menanyakan kembali kepada mereka "Rangka masa yang mana yang anda maksudkan?" Jika anda memeriksa rangka masa yang berbeza untuk EURUSD, carta yang akan anda lihat mungkin jauh berbeza.

Trend jangka panjang boleh berlangsung selama 8 bulan – 2 tahun. Ia menunjukkan gambaran besar dan mencerminkan perbezaan kemantapan ekonomi negara-negara yang matawangnya membentuk pasangan matawang, misalnya, zon euro dan Amerika Syarikat.

Trend sederhana berlangsung selama 1-8 bulan. Ia terbentuk dalam trend jangka panjang primer, dalam arah yang berlawanan. Trend jangka pendek boleh berlangsung dari beberapa hari hingga sebulan. Ia muncul kerana aliran modal global yang diaruh oleh berita ekonomi dan politik. Trend seperti ini membolehkan trader meraih keuntungan dalam tempoh beberapa jam.

Adalah penting untuk diingati bahawa walaupun anda hanya trade secara intrahari (membuka dan kemudian menutup posisi dalam sehari), anda perlu mengetahui trend jangka pendek, jangka panjang serta sederhana, dan melukis garis aliran mereka. Kadangkala harga boleh bertemu dengan aras-aras rintangan atau sokongan dari trend yang lebih besar. Jika anda berjaya mengenal pasti ketiga-tiga jenis aliran pada carta anda, anda akan mempunyai pandangan yang lebih baik terhadap pasaran.

Peringkat-peringkat suatu trend

Perkara seterusnya yang harus anda ketahui ialah betapa setiap tren terdiri daripada 4 peringkat:

  1. Trend muda.

  2. Trend matang.

  3. Trend uzur.

  4. Trend menyongsang.

Jika trend sudah uzur, tidak ada gunanya cuba untuk memperdagangkannya. Matlamatnya di sini adalah untuk cuba memburu dan menangkap trend pada peringkat awal (baru bermula) atau semasa ia di peringkat awal kematangannya. Dengan cara ini, anda akan dapat meraih keuntungan yang baik daripada trading yang mengikuti trend.

image 01ms.jpg

Anda perlu mencari peringkat ke-2. Pada saat ini, anda sudah boleh melukis garisan trend. Untuk aliran menaik, anda perlukan sekurang-kurangnya 2 paras terendah – paras terendah awal dan paras terendah yang lebih tinggi. Jika anda mempunyai 3 paras terendah untuk disambungkan, itu lebih baik lagi – ini bermakna bahawa suatu trend itu benar-benar sudah terbentuk. Garisan trend itu akan menjadi garisan sokongan. Untuk trend menurun, anda perlukan sekurang-kurangnya 2 paras tertinggi – paras tertinggi pertama dan yang kedua iaitu paras tertinggi yang lebih rendah. Seperti sebelum ini, adalah lebih baik untuk menyambungkan 3 paras tertinggi. Di dalam kes ini, garisan trend ini dipanggil garisan rintangan.

image 02.jpg

Adalah sangat penting untuk tidak malas melukis garisan trend. Ia alat analisis carta yang ringkas tetapi cekap. Bukan sahaja ia akan membantu anda mencari kawasan di mana harga boleh melantun daripada sokongan atau rintangan, tetapi mereka juga akan menunjukkan betapa kuatnya trend tersebut. Ketika mencerap, pegang pedoman ini: semakin curam garisan trend, semakin tinggi kemungkinan harga akan menembusinya. Jika harga melonjak secara mendadak, pembeli yang mendorongnya ke paras tertinggi lambat laun akan kelelahan, dan pasaran akan menyongsang arah. Jika anda ingin memilih trend yang baik dan akan bertahan untuk jangka masa yang panjang, pilihlah yang mempunyai garisan trend yang kurang curam.   

Kami juga ingin menasihati anda untuk melihat kepada pembetulan dan pengukuhan (consolidation) yang berlaku semasa trend anda berlangsung. Seperti yang anda boleh lihat, walaupun harga mempunyai kecenderungan untuk bergerak ke atas atau ke bawah, ia tidak bergerak lurus ke atas atau lurus ke bawah sepanjang masa. Pembetulan berlaku apabila pasangan matawang bergerak mengundur ke arah yang berlawanan dengan aliran utama trend. Pengukuhan (consolidation) adalah tempoh pergerakan harga yang mendatar.

Jika tempoh pergerakan berlawanan arah aliran (pembetulan) adalah pendek dan mendatar dalam satu julat sempit (pengukuhan, consolidation), anda telah menemui trend yang kuat dan selamat untuk didagangkan.

image 03ms.jpg

Indikator teknikal

Ada sekumpulan indikator dalam MT4, yang dipanggil "Indikator Trend." Ini boleh membantu anda menunggang tren.

Purata bergerak (moving average) akan membantu anda mengenal pasti trend menaik atau trend menurun dan bertindak sebagai sokongan dan rintangan. Kami mengesyorkan agar anda menggunakan purata bergerak mudah (SMA, Simple Moving Average) dengan tempoh 20, 50, 100 dan 200.

ADX menunjukkan arah dan kekuatan sesuatu trend. Bacaan melebihi 30 menunjukkan trend yang kuat. Perhatikan bahawa indikator ini adakalanya perlahan.

Trader juga boleh menggunakan osilator (indikator yang berayun turun dan naik di sekitar satu nilai pusat dan ditunjukkan dalam tetingkap berasingan di bawah carta harga). Selepas anda tentukan arah trend menggunakan garisan trend atau purata bergerak, periksa osilator Stochastic. Dalam trend menaik, cerunnya harus curam ke atas. Dalam trend menurun, Stochastic perlu merosot dengan curam ke bawah. Jika harga membentuk paras tertinggi baharu dalam trend menaik, tetapi Stochastic tidak, ini mungkin menandakan penyongsangan ke bawah.

image 04ms.jpg

Anda boleh dapatkan data yang serupa dengan yang disediakan oleh indikator Stochastic daripada osilator lain yang dipanggil MACD. Perbezaan adalah bahawa MACD hadir dalam bentuk histogram (garisan-garisan lajur di bawah carta harga). Semasa trend menaik, lajur MACD harus menjadi lebih besar, manakala semasa trend menurun mereka harus menurun dan kemudian sampai ke kawasan negatif.

Strategi untuk trade dengan trend

Cara yang terbaik adalah dengan mengikut arus pasaran. Berikut adalah langkah-langkah yang disyorkan:

  1. Tentukan berapa lama anda mahu berada dalam trend. Keputusan ini akan mempengaruhi rangka masa yang anda pilih untuk trade. Jika anda memutuskan untuk trade intrahari (iaitu untuk tempoh beberapa jam sahaja), tentukan arah trend pada rangka masa harian. Anda juga boleh menggunakan carta H4 dan H1 untuk merancang urusniaga anda. Kami tidak mengesyorkan membuang masa pada rangka masa yang lebih kecil seperti M15, kerana situasi di sana berubah terlalu pantas untuk membuat analisa yang baik bagi urusniaga yang akan dibuka selama beberapa jam.

  2. Kenal pasti arah trend – adakah ia trend menaik atau menurun? Semak berita dan analisis ekonomi, cuba fahami faktor fundamental (ekonomi) atau berita yang berada di belakang trend ini. Mungkinkah pasaran menjangkakan peristiwa penting? Atau mungkin sesuatu telah berlaku dan memberi kesan kepada pasaran? Jika sentimen pasaran adalah bullish, maka anda boleh membeli dalam trend menaik. Jika ia bearish, anda boleh menjual dalam trend menurun.

  3. Lukis garisan trend. Adakah ia curam atau normal? Berapa kali harga menguji garis trend? Jika harga menyentuh garisan sokongan untuk kali ketiga dalam trend menaik dan mengundur kembali ke atas semasa trend menaik, ia adalah isyarat untuk membeli.

  4. Periksa indikator teknikal. Pastikan ia mengesahkan trend berkenaan.

  5. Tentukan pada peringkat mana trend berada. Trading pada permulaan atau penghujung trend adalah berisiko, lebih baik memilih trend yang matang dan bagus.

  6. Letakkan pesanan limit berhampiran garisan trend. Dalam trend yang menaik, letakkan buy limit di garisan sokongan. Dalam trend menurun, letakkan sell limit berhampiran garisan rintangan.

  7. Letakkan Renti Rugi (Stop Loss) sebagai perlindungan di sisi bertentangan garisan trend. Renti rugi anda tidak boleh terlalu ketat supaya pesanan anda tidak ditutup semata-mata kerana turun naik harian. Tiada penyelesaian yang universal untuk menentukan lokasi renti rugi. Ia banyak bergantung pada berapa lama anda berhasrat untuk mengekalkan urusniaga anda (anda perlu ada gambaran di fikiran di mana anda akan menutup urusniaga anda dengan keuntungan dan saiz urusniaga anda). Biasanya renti rugi adalah kira-kira 1/3 daripada potensi keuntungan. Secara keseluruhannya, untuk trading intrahari yang berlangsung selama beberapa jam adalah lebih baik untuk mempunyai renti rugi sekurang-kurangnya 15 pip.

image 05ms.jpg

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.