FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

08 Mei 2025

Matawang

NZDUSD Meruap Selepas Perletakan Jawatan Gabenor RBNZ Cetus Ketidakpastian Dasar

Ringkasan

  • Harga Semasa: ~0.595
  • Aras Rintangan: 0.6005 (kemuncak April 22), 0.6050
  • Aras Sokongan: 0.5900, 0.5840

Lantunan pasangan ini telah terhenti berhampiran aras rintangan utama 0.6000, aras sempadan psikologi dan teknikal. Kegagalan untuk menembus ke sebelah atasnya boleh mengundang aktiviti mengambil keuntungan, manakala dorongan yang tegas ke sebelah atas 0.6005 membuka ruang untuk rali kenaikan yang dipacu oleh momentum ke arah 0.6050. Pada sebelah bawah, 0.5900 kekal sebagai aras sokongan kritikal; penembusan berisiko menguji 0.5840 dan 0.5800 dengan cepat.

Faktor Fundamental Yang Mempengaruhi NZDUSD

  1. Ketidakpastian Dasar Selepas Peletakan Jawatan Orr
    • Pengunduran Gabenor RBNZ Adrian Orr secara mengejut telah menggusarkan pasaran, mengambil kira peranan beliau dalam menaikkan kadar kepada 5.5%, membawa NZ ke dalam kemelesetan teknikal.
    • Laporan mencadangkan bahawa Menteri Kewangan Nicola Willis telah mempersoalkan sikap hawkish RBNZ dan juga kekerapan mesyuarat dasar, menimbulkan kebimbangan berlaku campur tangan politik.
    • Sebarang ancaman kebebasan bank pusat boleh melemahkan kepercayaan kepada NZD.
  2. Sentimen Pelabur & Aliran Risiko
    • NZD adalah matawang G10 yang sensitif terhadap risiko dan memberikan pulangan yang lebih tinggi.
    • Ketidakpastian mengenai trajektori pelonggaran RBNZ mungkin akan menyuramkan minat untuk membeli NZD.
    • Sebaliknya, usaha menegaskan kembali dengan jelas tentang trajektori yang dirancang untuk pemotongan kadar dapat menstabilkan sentimen.
    • USD boleh mendapat manfaat daripada aliran masuk aset selamat jika pelabur melihat dasar New Zealand telah dikompromi oleh tangan-tangan politik.
  3. Pertimbangan Harga Oleh Pasaran
    • Pasaran telah mengambil kira, terutamanya, pemotongan kadar lanjutan dalam pertimbangan harga mereka, jadi risiko terletak pada sebarang perubahan rentak atau skala pemotongan tersebut.
    • Kitaran pelonggaran yang lebih perlahan daripada yang dijangkakan boleh menyokong NZD dalam masa terdekat tetapi menjejaskan jangkaan pertumbuhan.

Intipati Penting Untuk Trader

NZDUSD sangat sensitif terhadap signal-signal dasar pada masa ini. Dengan pengunduran Gabenor Orr dan peningkatan campur tangan politik, sebarang petanda bahawa RBNZ sedang kehilangan autonomi boleh mencetuskan penjualan besar-besaran NZD secara mendadak. Sebaliknya, peralihan yang lancar dan pengulangan ketegasan RBNZ tentang laluan yang akan diambil untuk pelonggaran dasar boleh memulihkan keyakinan dan mendorong NZDUSD mengatasi rintangan kritikal 0.6005.

NZDUSD – Rangka Masa H4

NZDUSDH4_(4).png

Apabila momentum pergerakan harga secara efektif menembusi kedua-dua garisan trend dan struktur pasaran yang dominan, ia sering menjadi petunjuk tentang perubahan arah atau sentimen pasaran. Seperti yang terlihat pada carta rangka masa 4 jam NZDUSD, harga telah melengkapkan pemecahan struktur dan menembus ke sebelah atas rintangan garisan tren, mengesahkan sentimen pasaran sebagai bullish.

NZDUSD – Rangka Masa H2

NZDUSDH2.png

Carta rangka masa 2 jam NZDUSD menunjukkan pola SBR, di mana kawasan permintaan yang kami sorot disokong oleh "inducement" dan aras pengunduran Fibonacci 80%. Secara asasnya, pola SBR mengesahkan sentimen bullish pada rangka masa yang lebih tinggi.

Jangkaan Penganalisis: 

Arah: Bullish

Sasaran- 0.60232

Pembatalan- 0.58878

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

06 Mei 2025

13:05

Fed Akan Kekalkan Kadar Berlatarkan Ketidakpastian Perang Dagang — Trader USD Bersedia Untuk Impak

Matawang

05 Mei 2025

09:48

BoE Bersedia Untuk Satu Lagi Potongan Kadar Menyasarkan 4.25%, Tapi Signal Waspada Semakin Kuat

Matawang

29 Apr 2025

12:01

JPY Menguat Menjelang Keputusan BoJ, Trader Mencari Petunjuk Inflasi

Matawang

29 Apr 2025

09:13

Kebimbangan Perang Dagang Meningkatkan Bias Dovish ECB

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.